"Culik" Anak Sendiri Dari Sekolah Kerana Berebut Dengan Bekas Suami

 Image result for sekolah Kebangsaan dabong

KUALA KRAI – Akibat daripada masalah rumah tangga dan perebutan hak penjaga­an anak, telah mendorong seorang jururawat bertindak melarikan anak perempuannya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di kawasan Sekolah Kebangsaan Dabong di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kanak-kanak tersebut berada di bawah jagaan bapanya sebelum diambil oleh ibunya yang berusia 33 tahun tanpa kebenaran pihak sekolah pada pukul 2.41 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.

Katanya, bapa mangsa yang merupakan seorang guru telah membuat laporan polis mendakwa anaknya telah diculik oleh individu yang tidak dikenali.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada perebutan hak penjagaan anak selepas pasangan suami isteri terbabit bercerai sejak Ogos 2012 dan bukannya kes culik,” katanya di sini semalam.

Sumber: Kosmo