Dadah: Dua Wanita, Enam Lelaki Ditahan


KUANTAN - Dua wanita berusia 31 dan 32 tahun antara yang berjaya ditahan selain enam lelaki berusia 27 hingga 38 tahun membabitkan satu sindiket dadah dalam serbuan di empat lokasi berasingan di negeri ini Isnin lalu.

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Sting serta polis Pahang itu bermula jam 5.15 dan berakhir 45 minit kemudian itu dijalankan hampir serentak di Lanchang, Temerloh, Pekan dan Jengka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab.Rahman berkata, kesemua suspek adalah warga tempatan dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas RM90,000 membabitkan pelbagai jenis dadah dipercayai heroin, pil kuda dan syabu.

Turut dirampas tujuh buah kenderaan iaitu dua buah kenderaan Mitsubishi Pajero dan Triton, Ford Ranger, Suzuki Swift, Perodua Kelisa dan Kenari dengan nilai keseluruhan RM230,000 termasuk wang tunai RM2,000.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negeri,Datuk Azri Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negerai, Superintendan Lam Thiam Huat.

Sumber: Sinar Harian