Daesh Sudah Berakhir Di Iraq - Haider al-Abadi


SETELAH tiga tahun mencetuskan krisis global dengan pelbagai serangan bersenjata, kekuatan Daesh kini terjejas teruk. Kekalahan di kubu kuat militan itu di Masjid Al-Nuri dan simbol menara al-Habda di Mosul, menjadikan mimbar pertama pengisytiharan Negara Khalifah itu kini dirampas tentera Iraq.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dalam kenyataan semalam nengesahkan, tentera Iraq berjaya menguasai Mosul sepenuhnya. Satu kejayaan besar setelah Daesh mengisytiharkan Mosul sebagai bandar Khalifah pertama tiga tahun lalu.

“Kini Masjid al-Nuri dan menara al-Hadba milik rakyat, dan kawalan Daesh, sudah berakhir,” kata beliau.

Minggu lalu, ketika diambang kekalahan, akibat serangan besar-besaran tentera Iraq sejak empat bulan lalu, militam Daesh meletupkan masjid bersejarah itu.

Masjid Al-Nuri dibina pada zaman pertengahan dan terkenal dengan menara condong, ditawan sepenuhnya tentera Iraq yang disokong AS.

Sejak Mac lalu, tentera Iraq melancarkan operasi khas merampas kembali Mosul.

Sejak Jun 2014, Daesh diketuai Abu Bakar Al Baghdadi mengibarkan bendera hitam di puncak menara al-Hadba dan mengisytiharkan Mosul sebagai tapak pemerintah khalifah.

Al-Baghdadi mengaku dirinya keturunan Nabi Ibrahim. Selain itu turut mengumumkan misi negara Khalifah merangkumi Rom, Itali dan Perancis.

Al Baghdadi dalam khufbah pertamanya turut mengakui dirinya diutuskan Tuhan untuk menubuhkan kerajaan Khalifah.

Sejak Jun 2014, Daesh berjaya mengumpulkan puluhan ribu tentera di Iraq dan Syria. Malah, kempen berkesan media sosial militan itu berjaya merekrut sokongan di seluruh dunia.

Dia Asia Tengara kumpulan pengganas di selatan Filipina termasuk Abu Sayyaf dan Maute turut menyatakan sokongan terbuka dan berbaiah dengan Daesh. – Kedahnews.com