Difitnah Konon Sengaja "Abaikan" Lara, Ini Jawapan Dari Scha...
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
KELUARGA bahagia pasangan selebriti ini sering mendapat perhatian. Tambahan pula, puteri cilik hasil perkahwinan mereka berjaya menarik perhatian ramai netizen di laman Instagram dengan telatah comelnya.
Baru-baru terdapat satu laman blog menulis perkara tidak betul mengenai keluarga selebriti ini.
Scha Al-Yahya meluahkan rasa kecewa terhadap posting berkenaan yang mendakwa dia sengaja tidak mahu membawa Lara Alana bersama ketika pergi bercuti.
Mungkin selama ini dia hanya berdiam diri terhadap dakwaan tersebut, tapi sampai bila kan?
Terkini, Scha memuat naik satu gambar daripada blog yang menulis mengenai mereka di akaun Instagram miliknya.
Setelah lama berdiam, Scha kini tampil dan meminta agar berhenti menyebar fitnah mengenai perkara berkenaan. Dia berharap agar semua pihak memberi fokus kepada perkara positif sahaja.
Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya sudah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Awal Ashaari. Mereka dikurniakan seorang puteri, Lara Alana yang kini berusia tiga tahun. - Kedahnews.com