PENGACARA program Sukan Tak Sentral, Ammar Abu Hassan yang digantung kerja sejak tiga bulan lalu gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek mengatakan dia kini mahu memberi fokus terhadap kafe kucing yang bakal diusahakannya selepas ini.
Menurut penyampai radio berusia 30 tahun ini, selama tiga bulan ‘berhibernasi’, dia sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.
“Alhamdulilah, saya semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan kena teruskan hidup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.
“Sepanjang tiga bulan ini saya sibuk nak uruskan proses membuka kafe yang turut mempunyai kucing. Sekarang ini dah lebih kurang 30 peratus siap dan insyaAllah mungkin dalam beberapa bulan lagi kafe akan dibuka.
“Saya ada tempah kucing-kucing dari luar negara seperti Rusia untuk diletakkan di kafe ini,” katanya, lapor mStar Online.
Susulan isu mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Ammar dan enam bekas kru penerbitan program Sukan Tak Sentral telah digantung tugas oleh majikan, Primeworks Studios Sdn Bhd sejak 24 April lalu.
Sementara itu, berkongsi perkhabaran gembira, Ammar mendedahkan isterinya, Nur Amalina Jamil kini sedang tiga bulan anak pertama mereka.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 1 April lalu di Dengkil, Selangor. – Kedahnews.com