LONDON - Haroon Syed, 19 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 16 tahun enam bulan di Old Bailey lapor Metro.co.uk.
Dia disabitkan kesalahan tersebut selepas mencari bahan untuk melancarkan serangan di London secara atas talian semasa konsert penyanyi lagenda, Sir Elton John di Hyde Park, September lalu.
Difahamkan, Syed cuba membeli jaket ‘bunuh diri’ dan senjata api namun percubaannya gagal apabila ia dikesan oleh Perkhidmatan Keselamatan British yang menyamar sebagai ekstremis dalam usaha menahan remaja tersebut.
Remaja tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dipercayai dia bertindak sedemikian untuk membalas dendam apabila abang kandungnya, Nadir Syed, 23 tahun dijatuhi hukuman penjara tahun lalu selepas didapati bersalah berkomplot dalam serangan pancung kepala semasa hari Zikir Ahad (‘Remembrance Sunday’) pada tahun 2014.
Namun begitu, ‘Queen Council’, Mark Summer mendakwa Syed kini sudah berubah fikiran dan mengutuk serangan pengeboman Manchester tempoh hari yang mengorbankan seramai 22 orang.
Sumber: Sinar Harian