KUALA LUMPUR - Potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada semua pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula esok hingga 31 Ogos depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang hari ini.
Beliau berkata, potongan itu adalah bagi memberi penghargaan kepada semua pengguna selain menarik lebih ramai rakyat memanfaatkan kemudahan awam berkenaan
Sumber: Kosmo