Dua Gadis Mabuk Maut, BMW Langgar Tiang Lampu


SAAT-SAAT cemas sebelum kedua-dua gadis muda ini maut sempat dirakamkan apabila salah seorang daripada mereka sibuk merakamkan video detik-detik terakhir sebelum kemalangan berlaku.

Dua gadis tersebut, Sofia Magerko, 16, dan Dasha Medvedeva, 24, yang berasal dari Kharkiv, Ukraine menaiki kereta mewah BMW sebelum kedua-duanya yang mabuk kemudiannya maut selepas kenderaan yang dipandu Dasha melanggar tiang lampu jalan.


Memetik laporan media antarabangsa, Sofia yang merupakan pemenang pertandingan ratu cantik di kawasan perumahannya maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala Dasha meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.- Kedahnews.com