Dua Lelaki Miliki Syabu Dari Bayan Lepas Gagal Rasuah Polis


DUA lelaki ditahan kerana cuba merasuah anggota polis yang menahan mereka di hadapan medan selera di Bayan Baru, Bayan Lepas, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, dua lelaki berkenaan berusia 27 dan 33 tahun itu pada mulanya ditahan kerana memiliki syabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mereka kemudian cuba memberi RM5,000 kepada anggota polis untuk dilepaskan.

"Kedua-duanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan penjaga stor ditahan untuk siasatan lanjut.

"Mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dadah manakala kes rasuah sudah dirujuk ke Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM)," katanya.

Sumber: MyMetro