DUA lelaki maut selepas Toyota Hilux dinaiki bertembung dengan treler membawa arang di Jalan Ipoh-Lumut, Batu Gajah, hari ini.
Dalam kejadian 3.40 pagi itu, mangsa maut dikenali sebagai Chin Jia Kent, 23, dan Ooi Seow Keat, 30.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Zainal Abidin Wok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.47 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, anggota tiba mendapati dua mangsa tersepit sebelum operasi mengeluarkan mereka dijalankan.
"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan maut oleh pegawai perubatan yang tiba sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan operasi ditamatkan pada 5.40 pagi," katanya ketika dihubungi.
Sumber: Metro