Dua Minggu Duduk Dalam Hutan Tunggu Bot Pancung

  Polis Marin

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 17 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Hutan Pesisir Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chang berkata, mereka yang ditahan  merupakan 12 lelaki dewasa dan lima wanita berusia antara 30 dan 50 tahun.

Serbuan dilakukan bermula jam 1 pagi dengan lima daripadanya ditahan dalam operasi pertama, tujuh orang dalam operasi kedua dan lima orang dalam operasi ketiga.

Menurut beliau, kesemua mereka mengaku telah berada di hutan berkenaan selama dua hari bagi menunggu  ketibaan bot pancung yang digunakan untuk pulang ke negara asal.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan berada dalam Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan serta keluar daripada negara melalui pintu yang tidak diwartakan. - Bernama