Sekarang ini lagu I AM ME nyanyian Datuk Seri Vida sedang viral, macam-macam juga komen yang netizen berikan, ada yang anggap ia kelakar dan ada yang sebaliknya. Terbaru, ada dua lagi pengasas kosmetik yang bakal mengikuti jejak langkah Datuk Seri Vida iaitu Nur Sajat dan Datuk Aliff Syukri.
Menurut Nur Sajat, beliau telah menerima tawaran sebuah syarikat rakaman untuk merakam duet bersama Datuk Aliff dan ia merupakan peluang yang cukup baik untuk Nur Sajat mempromosikan perniagaannya.
Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya. Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak mendapat tawaran sebegini.
Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lebih lanjut lebih lagi kerana belum ada sebarang perjanjian hitam putih. Apabila sudah ada kepastian daripada kedua-dua pihak, baru saya boleh berkongsi.
Nur Sajat mempunyai citarasa beliau tersendiri dan meminati lagu yang rancak. Walaubagaimanapun, Nur Sajat tidak mahu serius dalam bidang nyanyian dan hanya sekadar suka-suka.
Nampaknya memang dah jadi trend untuk pengasas kosmetik menyanyi pula ye. Ermm apalah agaknya hasil duet Nur Sajat dan Datuk Aliff.
Sumber:MyMetro