PELAKON Fatin Afeefa mempunyai sebab tersendiri apabila tidak memuat naik gambar bersama-sama dengan suami, Adam Shahz, menerusi media sosial.
Status rumah tangga pelakon wanita berusia 22 tahun itu menjadi perbualan ramai apabila dia tidak memuat naik sebarang gambar sambutan Aidilfitri bersama suaminya, yang juga seorang pelakon.
“Saya ada sebab tersendiri tidak memuat naik gambar suami. Jika sering meletakkan gambar bahagia, nanti ada pula yang dengki.
“Tiada masalah antara kami. Lagipun, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan ia membuatkan kami tidak sempat membuat persiapan raya,” kata Fatin secara ringkas ketika mengulas perkara itu.
Sebelum ini, Adam menafikan dakwaan isterinya memfailkan permohonan cerai selepas dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung.
Jelas Adam, mereka tidak tinggal serumah berikutan dalam proses berpindah rumah.
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan perempuan, Adam Aisy Arrian, 3, dan Ivy Arrasophia, 2. - Kedahnews.com