Gadis Singapura Dakwa Dihidangkan "Kemaluan Lelaki" Goreng Oleh Peniaga Pulau Pinang


Tular di media sosial, seorang pelancong wanita berusia 24 tahun dari Singapura mendakwa beliau dihidangkan "kemaluan lelaki" goreng selepas memesan ayam goreng di sebuah medan selera popular yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

"Ketika bersiar-siar di sekitar kawasan terbabit, saya terasa lapar dan mengambil keputusan untuk singgah dan makan malam di sebuah medan selera berdekatan", jelas wanita itu.

"Saya hanya memesan ayam goreng, dan sebaik pesanan sampai, saya amat terkejut kerana makanan tersebut menyerupai kemaluan lelaki," tambahnya lagi.

Dengan was-was, wanita itu dikatakan mengoyak perlahan-lahan cebisan daging yang dihidangkan kepada beliau sebelum memutuskan bahawa sememangnya itu adalah kemaluan lelaki goreng.

"Saya kurang pengetahuan tentang kemaluan lelaki, tetapi dari apa yang dilihat sememangnya ia adalah benda yang saya maksudkan,"

Susulan itu, wanita terbabit telah bertindak meminta bayaran ke atas makanan tersebut dipulangkan termasuk gantirugi.

Walau bagaimanapun, peniaga tersebut enggan menuruti permintaan wanita terbabit dan bertegas apa yang dihidangkan di kedai miliknya adalah ayam goreng dan bukan kemaluan lelaki goreng seperti yang didakwa wanita itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima, dakwaan itu kini sedang dalam siasatan dan bagi memastikan kebenaran, "hidangan" itu telah dibawa ke salah sebuah makmal untuk diuji.

Sumber : MFokus