JODOH pertemuan itu di tangan tuhan, kalau dah namanya tak ada jodoh, pertahan sekuat manapun pasti akan terlerai juga akhirnya.
Namun, jangan dianggap perpisahan itu sebagai pengakhiran dalam kehidupan. Malah anggaplah ia sebagai ‘guru’ yang mengajar untuk menjadi lebih matang.
Pelakon sitkom Oh My English, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak,29, mengatakan bahawa kegagalan dalam bercinta mengajar dirinya menjadi lebih matang dan bersikap terbuka.
Tiz kini bersikap lebih memilih dalam soal berkongsi hal peribadi untuk tatapan para peminat terutamanya di media sosial.
“Kegagalan cinta dahulu membuatkan saya menjadi lebih matang sekarang ini dan lebih berhati -hati dalam memilih pasangan.
“Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya tidak mahu sangat mendedahkan mengenai hal peribadi kepada orang ramai,” ujarnya memetik sebuah portal online.
Baginya, kehidupan yang dijalani sekarang jauh lebih tenang.
Hal ini kerana dia tidak terikat dengan sebarang yang hubungan boleh memeningkan kepala untuk difikirkan.
Buat masa sekarang, Tiz menetapkan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya dan percaya bahawa jodoh itu akan datang juga suatu masa nanti.
Tiz merupakan seorang pelakon dan juga model tanah air. Dia mula menempa nama melalui watak Nur yang dilakonkannya dalam drama bersiri popular, Nur Kasih. –Kedahnews.com