'Gangnam Style' Bukan Lagi Juara Di YouTube, 'See You Again' Di Tempat Pertama


NEW YORK - Video 'Gangnam Style' dari Korea Selatan yang mencetuskan kegilaan menari di seluruh dunia dan menjadi viral, akhirnya tersingkir daripada menjuarai klip yang menarik paling banyak tontonan di YouTube.

Selepas empat tahun setengah menjadi video YouTube paling banyak ditonton, 'Gangnam Style' jatuh ke tangga kedua semalam, digantikan dengan 'See You Again' nyanyian Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

'Gangnam Style', lagu satira yang menyindir penghuni daerah kaya-raya di Seoul dengan nama sama, turut mengejutkan penyanyinya, Psy, dengan lonjakan mendadak di seluruh dunia pada 2012.

Psy, yang tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan sehingga Gangnam Style menjadi kegilaan.

Video itu menjadi yang pertama mencecah satu bilion penonton di YouTube dan menyebabkan jurutera laman perkongsian itu berusaha membuat perubahan apabila ia menarik lebih 2.1 bilion penonton.

Seawal hari ini waktu Amerika Syarikat, Gangnam Style mencatatkan 2.895 bilion tontonan di YouTube, berada di bawah 'See You Again', yang dimuatkan dalam filem aksi 2015, 'Furious 7'.

Lagu berkenaan memaparkan adegan filem berkenaan dengan Wiz Khalifa menyampaikan rap dan Charlie Puth menyanyikannya ketika mereka memerhatikan pantai.

Ia ditujukan kepada salah seorang pelakon filem francais itu, Paul Walker, yang maut dalam kemalangan kereta pada 2013. - AFP