HANOI, VIETNAM - Kerajaan Vietnam merancang untuk mengharamkan motosikal di bandar Hanoi dengan alasan mengurangkan kesesakan dan pencemaran udara.
Menurut laporan BBC, keputusan tersebut juga dibuat kerana jumlah motosikal 'bertambah dengan mendadak'.
Ketika ini, terdapat kira-kira lima juta motosikal di bandar tersebut.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) GreenID mengatakan indeks pencemaran di Hanoi yang mencecah PM2.5 adalah merbahaya untuk kesihatan.
Seorang penduduk berpendapat rancangan tersebut akan gagal.
"Saya tidak percaya rancangan jangka panjang di sini. Kerajaan selalu cakap Vietnam akan menjadi negara industri menjelang 2020. Ketika ini, semua orang tahu rancangan tersebut gagal," kata Ngo Ngoc Trai kepada BBC.
Kerajaan tempatan Hanoi berjanji untuk menambah kemudahan pengangkutan awam untuk memudahkan pergerakan penduduknya.
Sumber : Sinar Online