JUMLAH pesakit di hospital swasta berkurangan kira-kira 20 peratus selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April 2015.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr Jacob Thomas berkata, demi menjimatkan wang, ramai rakyat di negara ini kini tidak lagi gemar mendapatkan rawatan di hospital swasta, sebaliknya memilih hospital kerajaan yang menyediakan rawatan lebih murah.
"Di hospital kerajaan, pesakit tidak perlu bayar GST, malah ada juga rawatan diberikan secara percuma.
"Oleh itu, sejak akhir-akhir ini banyak hospital swasta berusaha bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dengan menawarkan harga lebih murah kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital berkenaan," katanya seperti disiarkan dalam China Press.
Sumber: Sinar Harian