Ibu Rayu Anak Gadis Pulang Lepas Hilang Di Jitra

 

ALOR SETAR - Seorang ibu yang risau tentang keadaan anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sejak hari raya ketiga merayu supaya anaknya tersebut pulang dan kembali ke pangkuan keluarga.

Faridah Ismail, 48 dan keluarganya yang berasal daripada Kampung Desa Keda Malau, Kubang Pasu itu mendakwaNurul Suriani Daud, 22, disedari hilang oleh adik iparnya yang hendak menjemput pulang anak saudaranya itu di tempat kerja di Bandar Darulaman.

Sementara itu, suaminya Daud Ahmad, 52, dilaporkan seperti biasa menghantar anak gadisnya tersebut ke tempat kerja pada jam 9.30 pagi pada hari anaknya dilaporkan hilang.

“Adik ipar saya pula akan jemput balik Nurul Suriani di tempat kerjanya pada kira-kira 9 malam. Tapi, Nurul Suriani tiada walaupun butik itu sudah ditutup.

"Kami jadi lebih risau apabila majikan memaklumkan Nurul Suriani, yang baru kerja kira-kira dua bulan lalu, tidak bekerja pada hari dia dikatakan hilang," katanya.

Walau bagaimanapun, sebulum hilang Nurul Suriani langsung tidak menunjukan sebarang perubahan dan anak ketiga dari tujuh beradik itu dikatakan gembira menyambut Aidilfitri.

Ekoran daripada kejadian tersebut, keluarga Nurul Suriani bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jitra, Khamis lalu.

"Ramai saudara dan rakan cuba mencarinya termasuk menghubungi kawan rapat anak saya tetapi masih gagal," katanya yang mengaku keluarganya kini tertekan dengan kejadian itu.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai maklumat atau terlihat Nurul Suriani diminta hubungi bapanya di 011-35279766 atau balai polis berdekatan. - Kedahnews.com