Ikrar Bebas Rasuah: Semua Cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah Tutup Esok


ALOR SETAR - Semua 13 cawangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) termasuk ibu pejabat di Jalan Telok Wan Jah dan cawangan LZNK di Pusat Transformasi Bandar, di sini akan ditutup sehari pada 11 Julai ini (esok).

Memetik informasi di laman Facebook rasmi LZNK, semua cawangan berkenaan ditutup adalah bersempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan bahawa LZNK akan kembali beroperasi seperti biasa pada 12 Julai.

Berikut di bawah adalah makluman penuh LZNK; - Kedahnews.com

NOTIS PEMBERITAHUAN

Dimaklumkan sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh SPRM Kedah.

Kesemua 13 Cawangan Termasuk Ibu Pejabat
(Termasuk Utc Alor Setar).

AKAN DITUTUP : SELASA, 11 JULAI 2017.

Segala Kesulitan Amatlah Dikesali.