PALESTIN - Israel membuka semula Masjid Al-Aqsa hari ini selepas ditutup sejak Jumaat lalu.
Memetik laporan Reuters.com, penutupan itu susulan kejadian pertempuran bersenjata hingga menyebabakan tiga penduduk Palestin dsn dua polis Israel terbunuh.
Ia bagi keselamatan agar tidak ada lagi kejadian seumpama itu berlaku.
Penutupan yang dibuat beberapa jam sebelum solat Jumaat lalu.
Ekoran itu, ramai pemimpin Islam mengecam tindakan tersebut hingga menimbulkan kemarahan kerana umat Islam di sekitar kawasan tersebut sukar menunaikan solat Jumaat pada hari itu.
Solat Jumaat hanya diadakan di pekarangan masjid berkenaan.
Sumber: Sinar Harian