PELAKON jelita, Soo Wincci memberitahu dia berharap tiada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesranya bersama Aaron Aziz dalam filem terbaharu lakonan mereka, Kau Yang Satu.
Menurut Soo, dia sudah mendapat kebenaran dari isteri Aaron, Diyana Halik untuk melakonkan babak mesra seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha aktor tersebut.
“Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron memasuki kelas drama bagi mencari keserasian kerana ini merupakan kali pertama kami bergandingan.
“Masa latihan, tidak dinafikan saya berasa kekok untuk melakonkan babak sebegitu dengan dia. Tetapi, kami perlu berikan yang terbaik semasa di dalam set.
“Pada pulanya memang segan kerana Diyana turut berada ketika itu. Nasib baik dia seorang yang sangat memahami dan dia benarkan kami melakonkan babak mesra,” kata Soo memetik laporan mStar.
Walau bagaimanapun, Soo mengakui sudah bersedia menerima kritikan dan kecaman dari penonton terhadap lakonannya sebagai Isabella dalam filem tersebut.
“Watak Isabella amat berbeza dengan diri saya. Mungkin ramai akan kecam, tetapi saya sudah bersedia kerana bila dikecam, bermaksud lakonan saya berjaya,” katanya. –Kedahnews.com