BUKAN semua lelaki faham kepayahan yang dilalui ibu mengandung, oleh itu aktres Diana Danielle berasa terpanggil untuk memuat naik satu posting menerusi akaun Instagram.
Dia meluahkan perasaan kesal terhadap sesetengah pasangan yang dikatakan tidak prihatin terhadap nasib wanita yang sedang hamil.
Menurut Diana, dia turut kecewa apabila melihat sesetengah wanita hamil masih diharapkan melakukan kerja rumah seperti sebelum mengandung.
Diana memberitahu sepatutnya ibu hamil perlu banyak berehat dan kerja rumah harus dibantu suami dan anak yang sudah besar.
Diana turut tekankan supaya para suami jangan pandai kahwin sahaja tetapi tidak tahu meringankan beban yang perlu dipikul seorang diri oleh si isteri meskipun sedang berbadan dua.
Berikut merupakan luahan serta nasihat yang ditulisnya di IG:
"Paling kecewa kalau nampak wanita mengandung masih diharapkan buat semua perkara yg dibuat sebelum mengandung. Tengok gambar ni elok2, kalau dah nak anak tu jaga lah orang yg mengandungkannya juga."Memang susah nak faham kalau tak pernah mengandung, cuma fahami yang bila kita bawa baby dalam perut tu mesti akan sentiasa (ya sentiasa) kita rasa berat, lesu, sakit belakang, lapar (selalu), walau dah tidur 8 jam masih rasa perlu tidur lagi 8 jam (especially 4 bulan pertama dan bulan terakhir), tak larat jalan sebab kaki bengkak/sakit, cramp perut (braxton hicks) especially kalau buat kerja rumah tunduk2 banyak, angkat barang… dan masa tu je la ibu mengandung tu dapat rehat sebelum baby arrive dan terus akan dipikul tanggungjawab bangun malam2, tahan mata siang hari, menyusu badan 24/7, etc."Sooo kalau nak mula berkeluarga janganlah lupa bukan senang untuk para wanita ada tenaga dan motivasi mcm org biasa."Kerja rumah takkan “disappear” dengan sendirinya, mesti ada org kena buat, baju yg berlonggok, pinggan mangkuk yang bertingkat, lantai yg penuh sisa makanan dan habuk takkan hilang kalau tak ada yg sanggup ambik initiative utk pikul dan anak2 yang lain (kalau bukan anak pertama) pun perlukan pantauan dan jagaan kasih sayang kalau mak tu tak larat nak jaga. (Last2 mak boyot tu jugak yang gigihkan diri buat sbb tak larat tgk keadaan sekeliling, hey apakah ini?!) Kalau dia dah jaga rumah dan anak elok2 waktu sebelum mengandung, tak salah kalau kita (suami/anak2 yang dah besar) jaga keadaan rumah dan ibu tu elok2 juga time dia tak berupaya utk bagi the best of her sbb mengandung dan berpantang. Jangan pandai kahwin je k.. Paham dak? (Tak guna badan sado tapi angkat pinggan kotor pun mcm angkat dumbell 100kg)"Yang ibu mengandung pun, buat je apa yg mampu jangan buat lebih dari apa yg mampu sebab kalau dah rasa overstressed tu you CAN say “im tired, im pregnant, help me”, itu bukan alasan, itu kenyataan. So jgn malu2 nak ckp, i tak larat, yang penting baby selamat and ibu selamat. sekian, D #generalmessage #nasihatjekay."
Perkongsian Diana itu menerima 18,425 ‘likes’ setakat ini dan diberi pujian oleh para netizen yang memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.
“@day_hidayahT: otaly stuju..start mngandung anak prama lg dh ckp kat suami,awk tlg uruskan baju, ank sy jg.so sampi skrg pn bile balik dri keje suami tlg bsuh bju n lipat..bkn dera tp bahagi tugas.. hihi..#pjjlife”
“@yusamie7997: Very2 gud advice… hope people out there can understand what pregnant mummy feel… dgn morning sickness lgi….”
“@touch_by_intan: Hurmm..lagi sedih kepas bersalin kuar plak anak pompuan..kite mintak bljar urus anak..tp ape yg dia bg alasan..so sad lah..ckp xbole urus anak sb anak pompuan..luluh hati ni..bila sggup ckp anak sendiri mcm tu..pastu plak ckp masa anak kecik 100% ni tggjwb si ibu utk urusan anak..means kencing berak pe suma tu lah..dh la kita yg mengandung anak kite la yg sakit2..kite la semua..kalau dh ckp mcm tu lain2 urusan kalau kite xyh buat xpela..tp lain2 pn kena jugak..dh mcm hamba abdi plak..emm..nasib sungguh..lepas decide nak balik umh mak..baru la rsa tenang jiwa..xde lagi sakit ulu hati..pastu skrg baru gedik2 nk baik balik..so sory..bye bye lah..menangis air mata darah pn..xde dh..lepas ape kau dh terlepas ckp..its so hurt for me to back to u..sory..pegi cari org lain lah..rsa kalau bole dpt pompuan lg bagus dari kite..org bole je trima kalau ckp semua psal anak tu urusan ibu dia msa kecik..then anak dh bole ckp sikit baru nk ambik alih..apakah tu??kira nk senang2 jela..time susah semua xnak..bukan susah senang sama2 tu..tp tu satu penderaan taw tak..hurmm..sdey nye hidup dgn org yg xpenah nak paham..”
“@ani_azizah: totally agree with you! i dah kahwin but i memang cakap dgn husband, kerja rumah kena sama-sama buat. Jangan nak ikut style bujang campak baju sana sini. Rumah bukan rumah i sorang but rumah kita berdua yang duduk.”
“@gerobokku_murah80: Setuju sgt”
Ironinya, walaupun Diana berkongsi luahan rasa seperti ini, namun dia bukanlah berniat untuk memburukkan sesiapa, terutama sekali suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Kata Diana, dia cuma memberi pesanan yang bertujuan untuk mengingatkan orang ramai khususnya kaum suami di luar sana. Jadi, jangan ada yang pandai-pandai buat andaian pula selepas ini. – Kedahnews.com