Jangan Percaya Viral Rabies


Menteri Muda Perumahan Dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee menggesa orang ramai agar tidak mempercayai tular wabak rabies melalui laman media sosial.

Memetik laporan The Borneo Post, Dr Annuar meminta orang ramai mendapatkan maklumat rabies daripada sumber yang disahkan.

"Orang ramai tidak boleh bergantung kepada media sosial untuk berita mengenai rabies. Pihak berkuasa negeri akan memberi dan mengemaskini maklumat mengenai rabies setiap hatri. Walau apapun maklumat daripada Facebook, jika tidak ada sumber sebenar, tolong jangan percaya terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas viral rabies baru-baru ini di media sosia yang mendawak kes rabies telah dikesan di kawasan Batu 6 dan Batu Jalan Oya Sibu.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan menyediakan laporan mengenai rabies pada jam 5 petang setiap hari. Justeru, orang ramai akan mendapatkan maklumat dari sumber yang betul untuk mengelakkan keadaan cemas dan panik," ujarnya.

Beliau turut menjelaskan , amat penting untuk orang ramai mengetahui maklumat mengenai rabies agar dapat memberi maklumat dengan segera sekiranya mendapati seseorang telah digigit oleh haiwan yang dijangkiti.

Setakat ini, 20 kawasan di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan virus rabies, 16 kawasan di Daerah Serian, dua di Tebedu dan satu di Kuching. 

Sumber: Sarawakiana