Kempen #JomNaikMRT bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan orang biasa dan warga kota, malah turut menarik minat pelakon popular Rita Rudaini.
Baru-baru ini kawan Papa kebetulan menaiki MRT laluan Sungai Buloh -Kajang. Sedang asyik duduk melayan pemandangan tiba-tiba di satu stesen Rita masuk dan terus duduk di depan kerusi kawan Papa itu!
Namun hari itu Rita yang bergaya 'simple' hanya muncul seorang diri.
Kawan Papa teringin nak tegur tapi segan pula, jadi dia pun ambil sahaja gambar ini untuk tatapan pembaca BLING!
Apa yang jelas, sepanjang Rita berada dalam koc tren, ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Rita
Rita pula jenis yang 'sporting' dan tidak sombong. Dia melayan sahaja segala permintaan peminatnya petang itu sebelum turun di satu stesen.
Sumber: MyMetro