JOHOR BAHRU - Kes membabitkan penipuan dalam talian direkodkan meningkat dan menyumbang kepada 30 hingga 40 peratus daripada 1, 404 kes penipuan dicatatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, purata kes yang diterima Jebatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkaitan penipuan itu adalah sebanyak satu atau dua kes sehari.
Selain itu, menurutnya, kes African Scam pula menyumbang sebanyak 15 peratus daripada 1,404 kes diterima polis sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.
“Sebanyak 1,808 kes melibatkan pelbagai kesalahan jenayah diterima JSJK Johor sepanjang enam bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,404 kes adalah penipuan, 113 kes pecah amanah dan bakinya lain-lain kesalahan,” katanya.
Sumber: Utusan Online