Kisah Suami Isteri Berjauhan, Tiba-Tiba Dapat Panggilan...


CINTA jarak jauh merupakan satu pengorbanan yang sangat besar bagi setiap pasangan. Lagi-lagi kalau seorang ada di Malaysia dan seorang lagi di luar negara.

Kata orang, "distance is just a test to see how far love can travel", lebih kurang begitulah katanya.

Kalau yang bercinta jarak jauh tu, kita tolak tepi dulu, okay. Sebab yang ni cerita cinta jarak jauh, "halal love".

Juwaidy Suhaimi merupakan graduan dari Imperial College, London.  Kisahnya bermula apabila dia membuat kejutan kepada isteri tercintanya, Syuhada Syuora Kamal.

Lelaki ini dilaporkan telah membuat panggilan kepada isterinya dan kononnya dia tidak dapat balik ke tanah air selepas tamat belajar.


Video romantis mereka itu telah dimuat naik oleh Juwaidy di akaun Faceboknya pada awal Mac yang lalu. Video itu juga telah ditonton sebanyak 367,500 kali selepas dimuat naik.

Nampaknya ramai netizen yang sebak lepas tengok video tu… Mana taknya, lepas kahwin mereka terpaksa berpisah kerana si suami terpaksa menghabiskan pengajian di negara orang. Rindu tu mesti lah makin menebal, kan?


Pasangan suami isteri ini hanya bercinta menerusi telefon dan video call selama bertahun-tahun apabila mereka terpaksa berjauhan disebabkan si suami harus melanjutkan pelajaran di London.

Tapi, apa yang romantisnya ialah apabila si suami buat satu kejutan besar pada isterinya yang mana dia secara tiba-tiba muncul di depan pintu rumah mereka sambil memegang sejambak bunga.

So sweet! Jomlah kita tengok video ini. Pasangan ini mula mendirikan rumah tangga sejak tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel.


Sweet bukan?  Bagus juga cadangan macam ini kan. Mana tahu boleh jadi inspirasi buat pasangan di luar sana jika berhajat buat kejutan untuk pasangan pada masa akan datang, siapa tahu... –Kedahnews.com