DALAM alam dunia ini, Allah SWT tidak hanya menciptakan manusia dan tumbuhan sahaja untuk sujud kepada-Nya, malah jin dan syaitan juga diciptakan untuk mentaati perintah Allah.
Bagaimanapun golongan jin dan syaitan ini merupakan kelompok makhluk yang ingkar dengan perintah Allah sejak diusir dari syurga pada zaman Nabi Adam AS.
Namun tidak ramai tahu kisah di sebaliknya dan seorang netizen bernama Daus, berkongsi menerusi laman Twitter miliknya semalam tentang golongan jin selain juga manusia yang digemari oleh saka.
Perkongsian seperti ini sememangnya mendatangkan manfaat dan dapat menambah ilmu kepada semua pembaca apabila ramai netizen di Twitter tertarik dengan kisah dibawakannya.
Bahan thread ini juga sebenarnya merupakan ringkasan perkongsian yang pernah disampaikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kasim Elias ketika memberi ceramah mengenai saka.

Apa yang dikongsikan oleh pemuda ini sangat berguna untuk dijadikan pengajaran atau rujukan kepada diri kita sehingga turut menjadi tular. Hakikatnya jin dan syaitan memang ada di mana-mana sahaja.
Tugasan ‘khas’ makhluk ini seperti yang kita sedia maklum ialah untuk menyesatkan umat Islam. Janganlah kita mudah terperdaya dengan taktik licik makhluk yang dilaknati Allah SWT.
Makhluk dijamin penghuni neraka ini memang tidak akan pernah penat untuk turut sama memimpin umat Islam mengikut mereka masuk ke neraka. Nauzubillah min zalik. –Kedahnews.com