KJ Menteri Sukan Negara Pertama Sertai Sukan SEA


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mencatatkan mata yang pertama sekiranya beliau bertanding dalam Sukan SEA, bulan depan.

Beliau akan menjadi menteri kerajaan pertama di rantau ini menyertai temasya sukan yang dianjurkan setiap dua tahun dan menteri belia dan sukan pertama di Malaysia berbuat demikian.

Pada Jumaat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Khairy merupakan salah seorang daripada 871 atlet yang mewakili Malaysia pada temasya sukan itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

MOM mengesahkan pemilihan Khairy sebagai salah seorang daripada tujuh anggota bagi acara polo berpasukan.

Sumber: Mstar Online