Laporan Stesen Minyak Ditutup Di Kedah Tidak Benar

 Image result for stesen minyak

ALOR SETAR - Pengarah Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin bertindak menafikan dakwaan kononnya stesen minyak di negeri Kedah ditutup.

Difahamkan bahawa timbul dakwaan stesen minyak di negeri itu ditutup kerana mahu mengaut keuntungan ketika harga minyak dilaporkan naik.

Hasil siasatan terhadap 956 daripada 3,400 stesen minyak seluruh negara 956 daripada 3,400 stesen minyak seluruh negara mendapati hanya satu pengusaha sahaja yang pernah melakukan sedemikian.

Tindakan tersebut jelas menyalahi peraturan dan bagi individu yang mendapati pengusaha stesen minyak yang melakukan sedemikian maka mereka perlu melaporkannya kepada pihak KPDNKK.

"Jika penutupan disebabkan alasan harga minyak akan naik, ia satu kesalahan yang berat, di mana tutup stesen minyak tak maklum dah satu kesalahan dan enggan berniaga juga adalah satu kesalahan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,"katanya.

Amaran tegas dikeluarkan oleh KPDNKK bagi mana-mana pengusaha yang kerap melakukan tindakan sedemikian dan  tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyalahi undang-undang. - Kedahnews.com