BAGAN DATUK - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terjatuh dari basikalnya ketika menyertai kayuhan dalam program FitMalaysia @Perak di Hutan Melintang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, lelaki berusia 65 tahun itu dikatakan pengsan sebaik sahaja terjatuh dari basikalnya dan dihantar ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang oleh orang awam yang.
Bagaimanapun dia disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
Difahamkan lelaki berkenaan mengalami serangan jantung semasa berkayuh dalam program yang diadakan sempena acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesah kejadian.
Sumber: Utusan Online