KUALA TERENGGANU – Lintasan pejalan kaki tiga dimensi (3D) memang tidak pernah dilihat di tempat lain tetapi inisiatif dan idea kreatif ini berjaya dilaksanakan Pejabat Daerah Kuala Nerus.
Malahan lintasan unik tersebut yang dipasang di beberapa laluan berhampiran medan selera berkonsep kabin, Dapo Pata di Tok Jembal dekat sini, sekali gus turut menarik perhatian ramai pihak khasnya orang luar kawasan.
Keistimewaan yang ditampilkan itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, bahkan mengundang minat pengunjung medan selera berkenaan dan penduduk sekitarnya menggunakan lintasan terbabit untuk melintas jalan.
Ramai juga dalam kalangan mereka yang sanggup mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan di atas lintasan berkenaan bagi mengabadikan keunikannya selain berkongsi menerusi media sosial.
Bagi seorang penduduk tempatan Kampung Jembal sendiri, Muhammad Hishamuddin Mad Zali, kewujudan lintasan tersebut sesuatu yang dialu-alukan oleh masyarakat sekitar.
“Ia adalah satu idea kreatif dan membuatkan kampung ini mula semakin popular apabila ramai tularkan keunikan lintasan berkenaan melalui media sosial.
“Ramai yang datang bergambar sejak wujudnya lintasan ini pada akhir bulan lalu dan mereka kemudian memuat naik di media sosial,” katanya.
Menurut Muhammad Hishamuddin, 28, selain idea yang segar, lebih penting orang ramai dan pengunjung medan selera menggunakan lintasan terbabit untuk melintas jalan.
Sebelum ini memang sukar untuk menarik orang ramai menggunakan lintasan pejalan kaki tetapi dengan konsep sedemikian, ramai orang tertarik, sekali gus ia menjadi perkembangan yang baik.
“Saya berasakan konsep lintasan seperti ini wajar diperluas di tempat lain terutama di lokasi yang dikunjung ramai orang,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil berkata, Pejabat Daerah Kuala Nerus mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu lagi karya 3D berkenaan di Teluk Ketapang.
Ia berikutan sambutan positif orang ramai yang tertarik dengan penghasilan lintasan terapung itu. Lintasan 3D yang terletak di jalan utama berhampiran deretan gerai menjual ikan celup tepung itu siap, baru-baru ini.
“Pihak kami juga bercadang mewujudkan satu lagi lintasan pejalan kaki 3D di kawasan berhampirannya tidak lama lagi,” kata beliau lagi ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Tengku Farouk Hussin, selain menjadi tarikan pelancong, lintasan pejalan kaki berkenaan diwujudkan bagi memperkenalkan kemahiran pelukis dari Terengganu kepada masyarakat luar.
“Selepas lintasan pejalan kaki 3D berhampiran Dapo Pata siap, pelukisnya mendapat banyak tempahan dan secara tidak langsung memberi pulangan kepada daerah dan negeri ini juga,” katanya. – Agensi