Makan Ular Panggang Untuk Terus Hidup Lepas Lari Rumah


Kunming, China - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang melarikan diri dari rumah selama 24 hari memberitahu dia memakan tumbuhan dan ular untuk terus hidup.

Lebih menarik lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Miu itu mengembara sejauh hampir 500 kilometer sebelum ditemui polis baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di sini pada 29 Jun lalu selepas dipukul oleh bapanya.

“Pada mulanya saya langsung tidak fikirkan apa-apa. Saya hanya mahu melarikan diri dari ibu bapa saya,” kata Miu kepada wartawan.

Menurutnya, selepas beberapa hari keadaan bertambah sukar apabila dia demam akibat berjalan di dalam hujan.

Sumber: Metro