Mangsa Ketiga Lemas Ditemukan Di Kawasan Pam Pasir


KUALA LIPIS - Seorang lagi mangsa lemas ditemukan di kawasan pam pasir Sungai Lipis, Batu 13 Ladang Benta di sini jam 8.42 pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Zon 3 Pahang Shahrulnizam Nasir berkata, mangsa, GK Easwer, 15, ditemui di kedalaman empat meter oleh pasukan penyelamat.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam mangsa, bersama bapa saudara, R Ravendran, 46, dan sepupunya, R Pravindran, 17, mandi di sungai berkenaan sebelum lemas.

Mayat Ravendran ditemui pada jam 4.25 petang semalam manakala mayat Pravindran yang merupakan anak sulung Ravendran ditemui pada jam 5.06 petang.

Sumber: Sinar Harian