KUALA PILAH - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tepi sungai dekat Kampung Bukit Temensu Seberang di sini, semalam.
Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan tersangkut di celah-celah pokok buluh oleh penduduk yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis kira-kira pukul 1 petang.
Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, pihak polis sedang meneliti laporan berkaitan orang hilang dalam tempoh dua minggu di Kuala Pilah untuk mengenal pasti identiti si mati.
"Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini bagi menentukan punca kematian," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Ujarnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Pilah, Asisten Superintenden Rosli Shaari di talian 06-4811222 bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan Online