Melaka United Enggan Dabik Dada

 Image result for KEDAH LAWAN MELAKA

KEJAYAAN membenam Kelantan 3-0 dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat kelmarin mahu dilupakan oleh Melaka United kerana skuad Sang Kancil itu lebih selesa merendah diri memandangkan saingan Liga Malaysia musim ini masih panjang.

Jurulatihnya, Eduardo Almeida tidak mahu anak-anak buahnya dibuai dengan kemenangan itu, sebaliknya mengekalkan prestasi terbaik untuk mengharungi laluan berliku dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Kejayaan besar di laman keramat selepas kali terakhir menang 1-0 ke atas kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) dalam saingan Piala FA Februari lalu perlu dijadikan titik kebangkitan dan suntikan semangat kepada skuad Sang Kancil.

"Ia juga sudah pasti akan meningkatkan tahap keyakinan dan moral kami untuk terus lakukan yang terbaik dalam perlawanan-perlawanan seterusnya," ujar Almeida.

Melaka United bakal berdepan satu lagi ujian apabila menanti kunjungan juara Piala Malaysia 2016, Kedah dalam saingan Liga Super di gelanggang sama esok.

Sumber: Kosmo