Microsoft Lancar Papan Kekunci Pengimbas Cap Jari


KUALA LUMPUR - Microsoft melancarkan papan kekunci moden yang baharu dengan mengetengahkan pengimbas cap jari bersepadu sebagai ciri utama.

Menurut laman webnya, papan kekunci baharu itu membolehkan pengguna mengimbas cap jari dengan menekan kekunci kanan sebagai papan bar untuk log masuk ke akaun Windows 10 atau laman web lain yang menggunakan Windows Hello.

Penggantian permukaan papan kekunci boleh digunakan sama ada bersama wayar atau tanpa wayar dan pendahulunya hanya boleh digunakan melalui Bluetooth.

“Kami mengoptimumkan pengalaman pemadanan Bluetooth, bagi membolehkan pemadanan secara automatik apabila pengguna menghubungkan kabel pada OOBE (out-of-box experience) yang pertama. Visi kami adalah untuk menggabungkan pembaca cap jari pada papan kekunci, agar ia kelihatan seperti kekunci lain.

“Kami mengulangi tanpa jemu untuk meningkatkan setiap lapisan, dalam memastikan ia mampu mewujudkan kesempurnaan ketika menaip sebagaimana ketika menggunakan mana-mana kekunci lain,” kata Microsoft dalam laman webnya di www.microsoft.com.

Menurut syarikat itu Papan Kekunci baharu ini mampu berfungsi dengan Windows 10, MacOs dan Android versi terbaru.

Menurut Microsoft, papan kekunci yang berharga US$129 (RM555) itu akan mula dijual di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Sumber: MyMetro