LONDON - BRITAIN. Seorang model dan sepupunya disimbah asid oleh seorang lelaki, 21 Jun lepas.
Menurut laporan Mirror, kemudiannya suspek, John Tomlin, 24 menyerah diri di balai polis, semalam.
Dalam kejadian itu, Resham Khan, 21, dan Jameel Muhktar, 37, disimbah asid ketika berada dalam sebuah kenderaan.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dahsyat di bahagian muka dan leher.
Kejadian tersebut masih disiasat polis.
Sumber: Sinar Harian