Muay Thai Untuk Kurus - Janna Nick


KUALA LUMPUR - Demi menjayakan watak dalam drama baharu, Coffee Prince, pelakon, Janna Nick sanggup berhempas pulas menyertai suka Muay Thai semata-mata untuk tampil lebih kurus.

Jelas pelakon berusia 22 tahun ini, dia menyertai sukan tersebut sejak sebulan yang lalu dan menjalani latihan hampir setiap malam demi.

“Kalau kata penat, memang berpeluh habis. Tapi ini adalah salah satu cara untuk saya tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus dan sihat.

“Saya akan memulakan penggambaran tidak lama lagi iaitu selepas penggambaran drama Malaysia-Indonesia berjudul Dia tamat,” katanya yang kini semakin bersemangat menceburi bidang perniagaan.

Difahamkan, pelakon Kau Aku Kita ini bakal bergandingan dengan aktor popular, Fattah Amin dalam drama yang bakal ditayangkan di Astro itu.

Sumber : Utusan Online