Niat Mahu Selami Watak, Amar Silap Masuk Kelab Malam Gay...


DUNIA lakonan semakin mencabar apabila semakin ramai pelakon baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Bila dah ramai, mestilah banyak saingan.

Jadi kebanyakan pelakon terpaksa bersikap merebut apa sahaja peluang bagi tujuan menyara kehidupan diri dan keluarga.

Amar Asyraf Zailuddin, 31, atau lebih dikenali sebagai Amar kini sedang teruja melakukan kajian tentang watak yang diterimanya untuk filem pertamanya, Blok 404.

Kata Amar, ini pertama kali dia mendapat watak yang berlainan daripada apa yang pernah dilakonnya sebelum ini.

“Ini adalah pertama kali saya membawakan watak hitam sebegini. Memang sudah lama nantikan watak seperti ini dan bagi mendapatkan feel saya cuba buat kajian dan lakukan yang terbaik supaya berjaya,” katanya.

Apa yang lucu sekali ialah Amar pernah tersalah masuk kelab gay semasa dia membuat tinjauan.

“Saya pergi ke beberapa kelab di ibu kota lucunya tersalah masuk kelab. Apabila lihat semua yang ada hanya lelaki menyebabkan saya resah. Selepas itu baru saya sedar itu adalah kelab gay”, ulas Amar kepada sebuah akhbar tempatan

Jejaka tampan ini juga dikatakan telah mengunjungi beberapa kelab malam dan pusat hiburan di ibu kota untuk mendapat penghayatan tentang wataknya itu.

Niatnya hanya untuk mendalami watak sebagai seorang lelaki yang selalu bersosial di dalam filem bawah arahan Azma Aizal Yusoof.  Selain Amar, filem ini turut dibintangi oleh Aedy Asyraf, Kamal Adli, Syamsul Yusof dan ramai lagi barisan pelakon hebat. - Kedahnews.com