Niat Murni Bertukar Tragedi Berdarah

 Image result for KEMALANGAN

JOHOR BAHRU – Niat murni sekumpulan penunggang motosikal untuk memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 10 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam menghala ke Skudai di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, mangsa, S. Logess, 29, dan R. Surendran, 29, maut di tempat kejadian manakala tiga lagi rakan mereka cedera parah.

Kesemua mereka ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kira-kira lima penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC sedang berhenti di lorong paling kanan untuk memberi pertolongan kepada mangsa insiden yang berlaku sebelum itu.

Dalam insiden itu, sebuah motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza namun mangsa hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, ketika sedang berhenti untuk membantu mengalihkan ken­deraan kemalangan yang berlaku lebih awal di kawasan itu, mereka tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Persona.

Sumber: Kosmo