Op Cantas Diteruskan Buru Anggota Kongsi Gelap


KUALA LUMPUR - Polis akan menggempur aktiviti gengsterime di seluruh negara secara berterusan dengan menahan individu yang terlibat pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beberapa siri tangkapan akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat bagi melumpuhkan kegiatan tersebut menerusi Op Cantas.

“Operasi akan terus dilakukan tanpa mensasarkan mana-mana kaum yang menggangotai kongsi gelap menerusi Op Cantas.

“Mungkin akan ada lagi tangkapan yang akan dilakukan dan tunggulah kita akan maklumkan kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 11/2017 di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tangkapan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terlibat dengan Geng Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Suspek yang berusia 40-an itu ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman dalam Op Cantas. 

Sumber : Utusan Online