OP Selamat 11/2017 sempena Aidilfitri lalu antara op yang terbaik sejak 20 tahun berdasarkan rekod penurunan jumlah kematian akibat kemalangan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil penguatkuasaan penuh dan kewujudan empat subtek yang berfungsi sebagai pasukan khas kecil mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan daripada 299 tahun lalu ke 257 kematian tahun ini.
Katanya, selain itu, jumlah kes kemalangan maut juga menurun sebanyak 34 kes iaitu 239 kes berbanding 273 kes tahun lalu.
"Sepanjang 15 hari operasi ini berjalan, hasilnya amat membanggakan dan antara yang terbaik berdasarkan rekod penurunan jumlah kematian," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 11/2017 di Bukit Aman, hari ini.
Pada majlis itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Ampang Jaya dinobatkan sebagai IPD terbaik manakala Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebagai IPK terbaik sepanjang Op Selamat kali ini.
Sumber : MyMetro