Pandang Pipi Ingatkan Neelofa


FAKTA mengatakan bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang mempunyai muka serta paras muka yang sama. 

Terdahulu seorang doktor bernama Afiq menarik perhatian apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Redza Rosli. 

Manakala, bulan lalu pual menjadi trending di media sosial apabila penyampai berita Nasional 8, Normazalina dikatakan kembar penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza.

Baru-baru ini muncul pula seorang gadis di Instagram yang mempunyai raut wajah seakan-akan pelakon dan pengacara Neelofa. 

Wanita tersebut bernama Hawa Rizwana dan dia mempunyai lebih 9,000 pengikut di Instagram. 

Memang tidak dinafikan jika dilihat fotonya daripada bahagian tepi memang kelihatan seperti Neelofa. 

Bagaimanapun kalau lihat daripada bahagian hadapan, tidak terdapat persamaan sepeti pelakon itu. 


Rata-rata pengikut Instagram Hawa juga bersetuju dan menggelarnya kembar kepada pemilik perniagaan tudung jenama Naelofa itu.

Ramai yang memuji kecantikan Hawa dan meminta Neelofa untuk membawa gadis tersebut ke program yang dikendalinya iaitu Meletop. 

"Wooowww... ini ke Neelofa yang dari hari itu lagi nak cakap tapi segan," tulis salah seorang pengikut Hawa di Instagramnya.

Sumber: Mstar Online