CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT . Polis di bandar Fresno mendedahkan rakaman seorang pelanggan Starbucks membelasah perompak menggunakan kerusi besi.
Laporan CBS News mengatakan Cregg Jerri, 58, sedang menikmati kopinya pada petang Khamis ketika seorang lelaki memakai topeng memasuki premis.
Lelaki tersebut yang mendakwa mempunyai sepucuk pistol dan pisau telah meminta wang dari kerani bertugas.
Sepantas kilat, Cregg mencapai sebuah kerusi besi dan mengayunkannya ke arah perompak tersebut.
Cregg ditikam di bahagian leher ketika bergelut dengan suspek dan berjaya merampas pisau.
Perompak kemudian melarikan diri.
Polis menemui suspek, Ryan Michael Flores, 30 tidak jauh dari tempat kejadian dengan kecederaan kritikal.
"Tidak ramai individu di Amerika akan bertindak seperti Cregg," kata Ketua Polis Fresno, Jerry Dyer.
"Ia adalah satu tindakan 'heroic' dan ramai mahu bertindak seperti Cregg, tetapi tidak berani," kata Jerry lagi.
Cregg dan suspek kini dirawat di hospital.
Sumber: Sinar Harian