Penguatkuasa Maritim Batu Pahat Jumpa Mayat Tanpa Kepala Terapung


AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Maritim Batu Pahat menemui mayat tanpa kepala terapung di perairan Tanjung Labuh, Batu Pahat, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, APMM menerima maklumat daripada seorang nelayan berkaitan penemuan mayat pada jam 1.05 tengahari.

"APMM kemudian ke lokasi dan mendapati mayat lelaki tanpa kepala terapung.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui.

"Mayat berkenaan kemudian dibawa ke jeti Pengakalan Maritim Batu Pahat untuk diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Sumber: MyMetro