Penulis Buku Bukit Kepong Meninggal Dunia


PENULIS buku Bukit Kepong, Ismail Johari, 70, meninggal dunia akibat penyakit paru-paru kronik di Hospital Shah Alam, jam 11.59 malam kelmarin.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, jam 11.30 pagi semalam yang sebelum itu dimandikan di rumahnya di Puncak Alam.

Isterinya, Rozita Mohd Nazir, 65, berkata dia dan suaminya pergi ke sebuah restoran di Bukit Jelutong untuk menikmati makan malam kira-kira jam 9.45 malam.

"Namun, ketika menuju ke kereta untuk pulang, dia tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas dan rebah di atas jalan.

"Pada waktu itu, saya meminta bantuan orang ramai dan suami dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya.

Kira-kira 200 saudara terdekat dan rakan turut menghadiri pengebumian Allahyarham bagi memberi penghormatan terakhir.

Ismail meninggalkan empat anak iaitu Haikel, 43, Hydir, 40, Irwan, 38, dan Rafika, 30, serta lima cucu.

Sumber: MyMetro