Pergi London Dikatanya Kat Aman Central, "Dajeeeeee Hampa"


PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta sering kali melancong ke luar negara dan antara destinasi pilihannya ialah kota London.

Kalau diikutkan tahun ini sahaja, Che Ta dan keluarga sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke kota Big Ben itu.

Dan baru-baru ini pun, Che Ta ada berkongsikan gambarnya sedang melancong ke sana di laman Instagramnya.

Namun seorang pengikutnya, @BenAli yang juga merupakan seorang pelakon, mengatakan background gambar Che Ta kelihatan seperti diambil di sekitar pusat beli-belah di Aman Central Mall, Kedah.

Melihatkan komen itu, Che Ta secara bergurau membalas sapaan itu dengan menulis, “Dajeeee Hampa”.

"Dajeeee hampa" merupakan loghat Kedah yang bermaksud ‘pedajal awak ni’.

Ada-ada sahaja modal followers Che Ta ni nak menyakat aktres yang dikenali memang cukup sporting dan cool ni, kan? - Kedahnews.com