Pinjam Duit Ah Long Sebab Nak Beli Barang Kemas Hari Raya

  Image result for pinjaman ah long

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah banyak kes kekejaman ah long dilaporkan namun semuanya tidak menakutkan peminjam yang terus mencari lintah darat itu bagi mendapatkan wang segera termasuk untuk membeli barang kemas sempena kedatangan hari raya.

Kisah kaki pinjam duit ah long ini tidak mengira kedudukan iaitu daripada ahli perniagaan besar, kecil, kakitangan kerajaan, penganggur dan juga suri rumah.

Rata-rata peminjam terjerat dengan kekejaman ah long hanya disebabkan mereka ingin hidup mewah dan bergaya sedangkan tidak berkemampuan.

Seorang suri rumah, mangsa ah long yang mahu dikenali sebagai Hasnah mengakui dia tergamak mencari ah long dan membuat pinjaman RM5,000 semata-mata untuk membeli barang kemas sebagai menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

“Saya nekad cari ah long selepas impian saya memakai rantai leher emas menemui jalan buntu kerana suami bergaji kecil,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sumber: Kosmo