Polis Tahan Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven

 

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek yang berusia 40-an itu ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan1966," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan masa dan lokasi suspek berkenaan ditahan.

Selain terlibat kegiatan kongsi gelap, suspek juga dipercayai terlibat dalam satu kes jenayah di Chenderiang, Perak pada tahun 2011. - Bernama